Sengaja kami singgah sebentar dalam keberatan nyata dan tidak tahu apakah kalam yang selesa. Maafkan kami...
Apabila Dia bertanya kitalah akan menjawab. Dan apabila kita pula bertanya, Dia menjawab. Begitu aneh hubungan ini sehingga kita lupa duduk tahu ilmu itu. Seperti burung terbang tinggi bertanyakan pada sayap; engkaukah atau anginkah? Atau di mana letaknya suara; pada bunyikah atau pada telinga?
Di manakah terkandungnya hikmah nasihat, pada sebaris ayat atau pada sebuah kitab? Anehnya kita jumpa dalam diam sunyi sehingga diusik malu kerana belum pernah faham. Pagi disangka petang dan petang disangka hujung malam. Betapa berat merangkaikan kalam-kalam terputus yang disangka berangkai-rangkai.
Tuan, hikmah manakah harus ditolak. Jika manis itu di lidah maka pahitpun harus di lidah juga. Bahagian lain tidak merasakan hikmah ini. Yang indah itu dinikmati tetapi yang 'terlalu indah' itu mengelirukan. Kami sendiri acap keliru. Mana mungkin melukis lukisan satu warna. Betapa hebatpun pelukis itu jika digunakan satu warna kita tidak akan menyaksikan apa-apa. Warna-warna itu hikmah dan nikmah tidak mampu dikutip walaupun bertaburan dalam diri.
Tunjukkan kami jalan lurus - itulah doa harian kita tetapi masih memilih jalan bersimpang-siur. Barangkali jalan beragam lebih selesa sebelum berdiri di jalan lurus. Mudah-mudahan Tuhan kurniakan kita kasih sayang berlimpah-ruah tak kiralah jalan mana kita (dia) pilih...
Tuan, siapakah lebih pemalu di antara kita? Siapakah lebih sunyi di antara kita, dan siapakah lebih pengasih di antara kita?
Tentu sahaja tuan...
Monday, May 17, 2010
Terpijak bayangan sejuk
Dalam perjalanan (pendakian) meremangkan, di antara faham dan waham, di antara silau dan kabur, sehingga disisih dan tersisih, akhirnya bertemulah sebuah persimpangan. Jika langsung ke kiri kita bagaikan tersalah langkah dihambat kesunyian. Nun di sebelah kanan terhimpun wajah-wajah berseri bersalam-salaman.
Alangkah heningnya suasana di persimpangan ini - yang merana bertambah merana. Yang sunyi bertambah sunyi. Yang disisih bertambah tersisih. Kepada siapakah tempat bertanya bila bahasa tertelan suara. Sahabat manakah dapat menunjuk jika pandangan menghijab mata. Ilmu apakah dapat dirujuk apabila sudah tidak (hilang) tahu.
Persimpangan tauhid amat mengejutkan biarpun pada hati-hati tenteram. Antara yakin dan sangkaan, antara ilmu dan rasa, antara cahaya dan deria, kita terhimpit dalam kalimah-kalimah faham. Jalan di hadapan tidak berteman, berundur kebelakang kita diasingkan, jika berhenti akan ditinggalkan, jika takut kelak dipersoalkan...
Di sana tiada tempat untuk bertanya. Jika ada tanda, tandanya tidak berupa. Jika ada isyarat, isyaratnya penuh rahsia. Jika ada khabar, khabarnya tanpa suara.
Beratnya perasaan umpama gelora di tengah lautan. Yang memayung hanyalah awan-awan kekhuatiran, yang terpandang adalah pernyataan tidak wujud, dan yang terpijak adalah bayang-bayang sejuk... Wallahu'alam.

Cahaya Allah
Berbahagialah mereka yang mendapat cahaya Allah sehingga dipermudahkan perjalanan mereka. Dan bagi yang belum melalui jalan-jalan ini, janganlah berasa terpencil dan hilang harap. Allah itu amat mengetahui apa yang baik untuk hamba-hambaNya. Bersyukur dan redhalah dengan apa yang tetapkan untuk kita. Jangan dikhuatiri bahagian oranglain kerana bahagian kitapun penuh dengan rahmatNya. Sudah tersusun hikmah-hikmahnya jika kita benar-benar dapat menghayati rahasia ini.
Allah berfirman di dalam surah Al-Jin ayat 11: "Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza."
Begitulah betapa jalan-jalan kita telah ditetapkan menurut kebijaksanaan dan pengetahuanNya. Di antara ‘yang baik’ itu janganlah pula memandang rendah pada yang ‘kurang’ baik. Bagi yang dipermudahkan janganlah memperlekehkan mereka yang ‘berat’ kerana ini bukanlah adab orang-orang arif.
"Tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)." An-Nahl 69.
Bersyukurlah pada anugerah besar yang dikurniakan Allah bagi orang-orang yang berbahagia ini. Di mana antara kita dipermudahkan dengan jalan fiqhi, ada dengan jalan falsafah (golongan mutakallimin), dan ada dengan jalan tasauf hingga memperolehi tajalli sebagaimana dihajati. Ini sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Insan 30: "Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
Destinasi terakhir perjalanan seorang fakir adalah makrifah. Tetapi makrifah ini bukanlah dapat dihasilkan menerusi pemikiran manusia atau dicapai dengan jalan usaha. Ianya kurniaan Allah semata-mata bagi yang terpilih dan sanggup menerimanya. Apapun Allah lebih mengetahui. Seperti kata Zunnun al-Misri: "Aku mencapai makrifah dengan kurniaan Tuhanku. Jikalau bukan kerana dikurniakan, maka aku tidak memperolehinya."
Mudah-mudahan kita dipilih demi kasih-sayangNya sepertimana firmanNya: "Cahaya di atas cahaya Allah mengurniakan NurNya siapa-siapa yang dikehendakiNya." Amin….

Pendakian tauhid
Dalam perjalanan (pendakian) meremangkan, di antara faham dan waham, di antara silau dan kabur, sehingga disisih dan tersisih, akhirnya bertemulah sebuah persimpangan. Jika langsung ke kiri kita bagaikan tersalah langkah dihambat kesunyian. Nun di sebelah kanan terhimpun wajah-wajah berseri bersalam-salaman.
Alangkah heningnya suasana di persimpangan ini - yang merana bertambah merana. Yang sunyi bertambah sunyi. Yang disisih bertambah tersisih. Kepada siapakah tempat bertanya bila bahasa tertelan suara. Sahabat manakah dapat menunjuk jika pandangan menghijab mata. Ilmu apakah dapat dirujuk apabila sudah tidak (hilang) tahu.
Persimpangan tauhid amat mengejutkan biarpun pada hati-hati tenteram. Antara yakin dan sangkaan, antara ilmu dan rasa, antara cahaya dan deria, kita terhimpit dalam kalimah-kalimah faham. Jalan di hadapan tidak berteman, berundur kebelakang kita diasingkan, jika berhenti akan ditinggalkan, jika takut kelak dipersoalkan…
Di sana tiada tempat untuk bertanya. Jika ada tanda, tandanya tidak berupa. Jika ada isyarat, isyaratnya penuh rahsia. Jika ada khabar, khabarnya tanpa suara.
Beratnya perasaan umpama gelora di tengah lautan. Yang memayung hanyalah awan-awan kekhuatiran, yang terpandang adalah pernyataan yang tidak wujud, dan yang terpijak adalah bayang-bayang sejuk… Wallallahu'alam.

Pabila mata tidak terbuka...
Sebelum memohon nurNya, sediakanlah mata, kerana tanpa mata cahaya umpama gelita. Betapa banyak yang didatangi cahaya tetapi sia-sia kerana mata tidak terbuka. Cahaya itu datang kadang-kadang amat cepat bagaikan kilat. Kadang-kadang menyilaukan sehingga lebur pandangan. Kadang-kadang datang dalam warna-warna kesam dan kelam. Jadi jika mata tidak tajam mana mungkin kita perasan…
Apabila mata tidak terbuka maka cahaya jadi hayalan. Waham disangka faham. Sehingga disangka ilmu yang sebegini halus boleh digapai hanya dengan berpejam mata. Biarpun didirikan dalil dan menyusun misyalan tetapi keselesaan tidak pernah datang…
NurNya berada di setiap rasa - jauh di dasar sadar yang sempurna. Jika ini sudah berlaku maka akan diperlihatkanlah cahaya itu seperti firmanNya dalam al-Muzzammil ayat 5: "Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat." Yakni kebenaran terlalu benar sehingga 'berat'…
Mata yang melihat begitu penting malah amat ajaib untuk tujuan ini. Kerana nur itu tidak turun di luar sana tetapi dalam diri, sesuai dengan firmanNya: "Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan." (al-Muzzammil ayat 6).
Berkhalwat di gua diri dan bersuluk di tengah makhluk adalah sebaik-baik amalan dalam perjalanan, insyaAllah…

Cermin Diri
Apabila anda melihat cermin diri anda, anda akan melihat wajah anda dengan nyata. Jika anda melihat cermin oranglain, anda akan tertipu oleh bayangan di dalamnya. Cermin diri membawa gambaran riang-tangis anda. Jika anda memiliki sebuah cermin perhatikan wajah anda. Apa yang anda lihat itu adalah pernyataan benar tentang wajah diri sendiri. Jika anda cantik, cantiklah anda. Jika anda jelik, jeliklah anda.
Jika kita mencampakkan sesuatu, itu dari tangan kita sendiri dan bukan dari tangan oranglain. Ini bermaksud jika kita bersangka buruk terhadap oranglain, bermakna sifat buruk itu sudah wujud dalam diri sendiri. Mana mungkin kita mengeluarkan jika kita tidak memilikinya, begitulah juga di sebaliknya.
Seorang berwajah indah akan melihat bayangnya pada cermin itu indah. Apabila dia asyik pada dirinya, ia akan memuji-muji dirinya sendiri. Seorang berwajah jelik, bayangan cermin juga turut jelik. Apabila dia melihat dirinya, ia menista (mencerca) sepanjang hari.
Alangkah bahagianya jika kita berwajah indah, samaada sadar ataupun tidak, kita memuji-muji diri sendiri. Alangkah ruginya jika kita berwajah jelik, sadar atau tidak, kita mencaci diri sendiri. Mudah-mudahan kita tidak begitu.
Senyumlah pada cermin, insyaAllah dia akan senyum pada kita.

Pelukis
Pelukis Yang Hebat bisa melakar lukisan hebat biarpun hanya satu warna. Mahupun putih di kanvas putih atau hitam di kanvas hitam - demi maha kesempurnaan ciptaannya lukisan hidup lagi menghidupkan…
Jikapun putih di atas putih atau hitam di atas hitam, semua tertakluk di bawah pengetahuan ilmuNya. Bila terlakar jutaan warna, lukisan bersirat seni keajaiban - cahaya kesempurnaan menyatakan kebenaran al-haq. Apabila lukisan siap terlaksana, puji-memujilah Dia pada rahsia-rahsia yang diliputi. Bila yang memuji itulah yang dipuji - terhasillah pernyataan puji bagi tempat terpuji… Wallahualam.
Keindahan warna tersingkap pada pandangan mata. Pandangan sempurna terhasil dari terangnya cahaya. Oleh itu mengenallah bagi yang diberi kenal, yakinlah bagi yang dianugerah ilmu yakin, dan berimanlah bagi yang dikurniakan iman. Tiada sesiapapun yang terkeluar dari batas-batas ketentuan ini…
Biar jutaan lukisan anda saksikan - hakikatnya datang dari Yang Satu. Andai warnanya menyucuk mata, hikmah kesempurnaannya meliputi semesta. Jika kita kesal - itu kerana kejahilan kita. Jika kita mempertikaikan - kita pertikaikan kebodohan diri. Dan jika kita tidak melihat - itu kerana kita memandang dalam gelap…
Pelukis Yang Hebat bisa melakar tanpa warna - namun dilimpahinya juga sebagai tanda Maha Kaya. Tanpa warna manusia tidak mengenal lukisan. Dengan warnapun manusia tidak mengenal lukisan. Bahkan sedikit…

Subscribe to:
Posts (Atom)