Monday, May 17, 2010

Pabila mata tidak terbuka...

Sebelum memohon nurNya, sediakanlah mata, kerana tanpa mata cahaya umpama gelita. Betapa banyak yang didatangi cahaya tetapi sia-sia kerana mata tidak terbuka. Cahaya itu datang kadang-kadang amat cepat bagaikan kilat. Kadang-kadang menyilaukan sehingga lebur pandangan. Kadang-kadang datang dalam warna-warna kesam dan kelam. Jadi jika mata tidak tajam mana mungkin kita perasan…

Apabila mata tidak terbuka maka cahaya jadi hayalan. Waham disangka faham. Sehingga disangka ilmu yang sebegini halus boleh digapai hanya dengan berpejam mata. Biarpun didirikan dalil dan menyusun misyalan tetapi keselesaan tidak pernah datang…

NurNya berada di setiap rasa - jauh di dasar sadar yang sempurna. Jika ini sudah berlaku maka akan diperlihatkanlah cahaya itu seperti firmanNya dalam al-Muzzammil ayat 5: "Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat." Yakni kebenaran terlalu benar sehingga 'berat'…

Mata yang melihat begitu penting malah amat ajaib untuk tujuan ini. Kerana nur itu tidak turun di luar sana tetapi dalam diri, sesuai dengan firmanNya: "Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan." (al-Muzzammil ayat 6).

Berkhalwat di gua diri dan bersuluk di tengah makhluk adalah sebaik-baik amalan dalam perjalanan, insyaAllah…

No comments:

Post a Comment