Monday, October 27, 2008

Apakah Kebenaran?

Apakah itu KEBENARAN? Bagaimanakah rupa wajahnya? Kenapa dia berubah-ubah? Apabila kita memperkatakan KEBENARAN beria-ia menyangka itulah KEBENARAN. Saya katakan kita sendiri keliru memahami hakikat KEBENARAN ini. Atau lebih tepat lagi tidak memahami erti KEBENARAN kita perjuangkan itu.

Di sini saya bertanya apakah itu KESESATAN yang amat kita takuti? Di forum ini kita menobatkan bahasa tetapi hakikat bahasa itu sendiri belum kita faham.

Sebenarnya acapkali kita mendengar APABILA DATANG HAQ HANCURLAH BATHIL dan kita akur. Tetapi percayakah tuan-tuan yang dikatakan BATHIL itu ada? Kalau ada, dimana?

Yang ada cuma HAQ dan tidak ada selainnya...

Kita malas berfikir. Kalau berguru, kita turut dan dengar sahaja tanpa soal-jawab. Tak payah fikir. Apabila orang kata sesuatu belum kita ketahui (diajar) kita sanggah semua itu karut. Duduk bersama orang meniru kita belajar meniru. Duduk bersama orang berfikir kita belajar berfikir.

Orang banyak membaca kitab (tersurat) banyaklah ilmu diketahuinya. Ini kenyataan. Barangsiapa banyak membaca banyak perkara dipelajarinya.

Adapun orang banyak membaca kitab tersirat (ghaib/rahasia), banyaklah ilmu-ilmu rahsia yang diketahuinya. Mereka berkitab zahir jangan pula membanding ilmu golongan ini, kelak berselisih. Ilmu rahsia kitabnya rahsia tidak dapat ditunjuk-tunjuk atau dibeli di kedai-kedai buku.

No comments:

Post a Comment