Tuesday, October 28, 2008

Sebaik-baik kejadian

Padaku terkumpul segala - dari laku iblis dan rupa syaitan, dari sejuknya malaikat dan lembutnya insan. Apakah itu kalau bukan aku - bukankah telah kunafikan semua kekosongan.

Akulah iblis dan akulah syaitan
Akulah malaikat dan akulah insan
Di situ sifat di situ perbuatan
Tempat melahirkan setiap pengetahuan
Dalam suara dan dalam diam
Akulah sebaik-baik kejadian.

Kalau aku ini syaitan, syaitanlah aku. Kalau aku ini malaikat, malaikatlah aku. Kenapa harus beratkan perjalanan dengan selain Tuhan. Bukankah sudah bersaksi dalam penyaksian. Kitalah pengenalan dalam pengenalan.

Akulah tempat segala pujian - hakikat cahaya bagi roh.
Akulah tempat segala kejian - hakikat qalam bagi aqal.

1 comment:

  1. Segala2nya adalah Aku...tiada lain semata2 Aku...namun amat menyedihkan kerna dirimu masih berat meneruskan perjalananmu berserta Aku...adakah engkau lupa ikrar kesaksianmu bahawa tiada yang lain selain Aku!!!

    ReplyDelete